18 July 2008

Apa akan jadi ngan Malaysia?

Sekarang ni kecoh ngan isu-isu politik kat negara Malaysia ni. Masing-masing inginkan menunjukan yang mereka semua pandai. Mereka semua betul. Aku pun tak paham kenapa bender semuanyer terjadi.
Kalau kat parlimen tu asyik nak bergaduh jer...gaduh mcam budak-budak pulak tu...itukan pemimpin yang kita semua sanjungi?..itukan pemimpin yang kita sokong.?..itukah pemimpin yang kiter pangkah masa pilihanraya lalu? Mcam ni gaya seorang pemimpin yang bijak pandai.

Kalau bertanya kepada semua rakyat Malaysia, Apa yang rakyat Malaysia ini mahukan? Aku pasti semua mahukan seorang pemimpin yang mampu untuk menolong rakyat2 nyer...di bumi Malaysia ni. Rakyat mahukan pemimpin yang boleh memperjuangkan nasib-nasib rakyat. Itulah yang patut pemimpin-pemimpin kita yang buat.

Ni aku tengok asyik jer nak bergaduh kat Parlimen. Bukan nyer pejuangkan hak rakyat. Bukan perjuangkan apa yang rakyat mahukan. Dah macam perjuang kepentingan peribadi pulak. Kalau sebelum pilihanraya dulu...asyik berjanji...saya akan majukan kawasan saya....saya akan tolong awk semua...sekarang aper yang jadi?

Aku bukannyer nak laga-lagakan pemimpin BN dan pembangkang. Cuma aku melahirkan aper yang aku raser ngan pemimpin sekarang ni..Dahulu semasa Tun Mahathir memimpin Malaysia, tak der pun dengar sesama pemimpin gaduh di parlimen. Tak penah pun ader pemimpin keluar dari dewan parlimen..Aku sememangnya kagum ngan kepimpinan Tun Mahathir...
Die banyak memajukan Malaysia. Die laa orang yang bertanggungjawab memperkenalkan Malaysia di mata dunia..

Fikir laaa sejenak wahai pemimpim-pemimpin negara sekarang...apa yang anda lakukan untuk untuk rakyat? Apakan sumbangan anda pada negara? Turunlah padang dan tanyerkan aper yang kami semua mahukan...apa yang kami perlukan daripada anda semua..Apa yang akan terjadi jika dengan Malaysia jika semasa pemimpin bergaduh menegakkan kebenaran masing-masing..Fikirkan laaa sama-sama untuk membantu rakyat..meringankan beban rakyat...sama-sama berbincang..sama-sama berfikir....Fikir-fikirkanla dan selamat beramal.....