22 September 2008

Kereta Elektrik

Dengan kenaikkan harga minyak petrol pada waktu ini, alangkah baiknyer jika kita dapat memacu satu kenderaan tanpa menggunakan petrol. Jika diperhatikan sekarang ni, dengan kenaikan minyak laaa...kesemua barang2 lain pun naik. Jadi langkah kerajaan mengarahkan PROTON, sebuah syarikat kenderaan tempatan untuk mengeluarkan Kereta Berkuasa Elektrik.

Wow, satu langkah yang amat dipersetujui oleh semua orang. Proron di berikan masa untuk mengeluarkan Kereta Elektrik selewatnye pada hujung tahun hadapan. Proton sedang mengkaji sedalam-dalamnyer sebelum mengimplementasikan projek ini. Dimanakah sasaran pasarannye, kos pembangunanya, bagaimana penggunaanya pada orang ramai dan lain-lain lagi.

Apa yang istimewanyer kereta elektrik ni?
Kereta ini menggunakan sepenuhnye tenaga elektrik yang boleh di cas di rumah sahaja. Dianggarkan dengan mengecas selama 6 jam, kereta itu berupaya dipandu sajauh 320KM ataupun bertahan sehingga 32jam..tambahan pula dianggarkan kos untuk menggerakkan kereta ini adal 18sen per kilometer...ini sememangnyer menjimatkan. Tambahan pula semua kos sara hidup meningkat pada waktu ini...ini adalah satu langkah yang baik...

Di harapkan PROTON dapat merealisasikan cadangan kerajaan ini. Segalanya untuk mengurangkan beban rakyat semua. Jika Projek ini berjaya, ianya satu kejayaan yang amat besar bagi PROTON dan Negara...

09 September 2008

Tun Mahathir Sertai UMNO Semula


Alhamdullilah semalam aku mendengar berita ynag mengatakan Tun Mahathir bersedia sertai UMNO semula. Lega hati aku mendengar berita ini..Sebenarnyer TUN Mahathir perlu berbuat sedemikian untuk bersama-sama membantu kesemua pemimpin UMNO sekarang ni. Beliau sememangnyer mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam UMNO.
Jadi dengan kehadiran semula Tun Mahathir dalam UMNO, rakyat akan lebih mempercayai UMNO. Bagi aku yang hanya rakyat biasa ni, ianya takder masalah. Tapi tak tau plak cammaner pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO. Harap apa yang diperkatakan Tun Mahathir itu menjadi kenyataan. UMNO semememangnyer perlukan orang-orang lama macam Tun Mahathir ni...

Die berupaya menjadi penasihat yang amat baik dan briliant untuk membela orang-orang melayu dan juga memartabatkan bangsa melayu di mata dunia serta bangsa-bangsa lain.

Tun Mahathir seperti yang kita tahu semua adalah seorang pemimpin yang Bijak. Memang tak dinafikan. Masa die keluar UMNO dulu, aku pun raser sedih yang amat sangat. Aper yang aku fikirkan, siapa lagi yang boleh memimpin UMNO dan membela nasib orang melayu pada masa akan datang. Aku sememangnyer tak nampak pengganti Tun Mahathir selepas die melepaskan jawatan Perdana Menteri lagi..Bukan aku ckp pemimpin skang tak bagus..mungkin belum nampak taringnyer lagi...

Ermmm aku mmg berharap sangat Tun Mahathir kembali semula ke dalam UMNO dan meningkatkan lagi kepercayaan orang Melayu pada UMNO..Bangkitkan semula semangat orang melayu untuk meneruskan kehidupan di bumi mereka sendiri.

Kembalilah ke Pangkuan UMNO...Kami semua orang melayu memerlukan kamu Tun Mahathir....

01 September 2008

Putera Sulung Kami

Alhamdullilah, Pada 27 Ogos 2008 jam 7.30am, Isteri ku telah selamat melahirkan putera sulung kami. Alhadullilah segalanyer berjalan dengan lancar. Dri jam 2.30am aku bersama-sama isteri di bilik saringan. Isteriku mmg tabah menghadapi segala keperitan semasa menunggu saat-saat melahirkan baby pertama kami. Hati aku ni jangan cakap laaa..macam-macam terdetik di hati dan fikiranku. Hanya tuhan sahaja yang tahu.

Bila aku lihat keadaan isteri di saata melahirkan putera sulung kami, sekarang barulah aku sedar betapa besarnye jasa pengorbanan seorang yang bergelar Ibu. Sememangnye tidak terbalas...Syukur kepada tuhan dengan keizinannyer aku dan isteri dapat menimang cahaya mata. Alhamdullilah.
Segala urusan selepas bersalin telah pun di uruskan sebaiknyer. Tiada apa lagi yang dapat aku katerkan, hanyalah kesyukuran kepada tuhan dan kegembiraan yang amat sangat bila menimang cahaya mata dari darah daging aku sendiri..

Jadi lepas ni, tanggungjawab aku untuk membesarkannyer dengan secukup-cukup kasih sayang.
Insyallah aku akan memikul tanggungjawab sebagai seorang bapa sebaik-baiknyer. Semoga anak ini menjadi insan yang soleh, berguna dan disenangai orang semua orang..Insyallah....
Ni lah Putera Sulung aku...Muhammah Akif Zahin Bin Mohd Zul Shaffik.

18 July 2008

Apa akan jadi ngan Malaysia?

Sekarang ni kecoh ngan isu-isu politik kat negara Malaysia ni. Masing-masing inginkan menunjukan yang mereka semua pandai. Mereka semua betul. Aku pun tak paham kenapa bender semuanyer terjadi.
Kalau kat parlimen tu asyik nak bergaduh jer...gaduh mcam budak-budak pulak tu...itukan pemimpin yang kita semua sanjungi?..itukan pemimpin yang kita sokong.?..itukah pemimpin yang kiter pangkah masa pilihanraya lalu? Mcam ni gaya seorang pemimpin yang bijak pandai.

Kalau bertanya kepada semua rakyat Malaysia, Apa yang rakyat Malaysia ini mahukan? Aku pasti semua mahukan seorang pemimpin yang mampu untuk menolong rakyat2 nyer...di bumi Malaysia ni. Rakyat mahukan pemimpin yang boleh memperjuangkan nasib-nasib rakyat. Itulah yang patut pemimpin-pemimpin kita yang buat.

Ni aku tengok asyik jer nak bergaduh kat Parlimen. Bukan nyer pejuangkan hak rakyat. Bukan perjuangkan apa yang rakyat mahukan. Dah macam perjuang kepentingan peribadi pulak. Kalau sebelum pilihanraya dulu...asyik berjanji...saya akan majukan kawasan saya....saya akan tolong awk semua...sekarang aper yang jadi?

Aku bukannyer nak laga-lagakan pemimpin BN dan pembangkang. Cuma aku melahirkan aper yang aku raser ngan pemimpin sekarang ni..Dahulu semasa Tun Mahathir memimpin Malaysia, tak der pun dengar sesama pemimpin gaduh di parlimen. Tak penah pun ader pemimpin keluar dari dewan parlimen..Aku sememangnya kagum ngan kepimpinan Tun Mahathir...
Die banyak memajukan Malaysia. Die laa orang yang bertanggungjawab memperkenalkan Malaysia di mata dunia..

Fikir laaa sejenak wahai pemimpim-pemimpin negara sekarang...apa yang anda lakukan untuk untuk rakyat? Apakan sumbangan anda pada negara? Turunlah padang dan tanyerkan aper yang kami semua mahukan...apa yang kami perlukan daripada anda semua..Apa yang akan terjadi jika dengan Malaysia jika semasa pemimpin bergaduh menegakkan kebenaran masing-masing..Fikirkan laaa sama-sama untuk membantu rakyat..meringankan beban rakyat...sama-sama berbincang..sama-sama berfikir....Fikir-fikirkanla dan selamat beramal.....