07 October 2008

Perompak..Maut!!!!

Sekarang aku perhatikan isu rompakan, kecurian, ragut dan seangkatan dengannya semakin menjadi-jadi. Ianya macam dah jadi kebiasaan kat negara kita ni. Sampaikan ader yang takut tinggal kat umah sorang-sorang(terutama isteri) sebab selalu terfikir kalau-kalau ader perompak datang.
Di musim perayaan ni lagi laa banyak kes-kes rompakan berlaku. Kesian biler dengar radio atau member-member yang cerita pasal kes rompakan, dah laa nak berhari raya rumah kener rompak. Aper laa nasib. Sememangnyer perompak ni tak kan kesiankan orang ramai. Dia ambik aper yang nak ambik. Kalau melawan lagi laaa...silap-silap dibunuhnye...
Ya Allah...mintak2 di jauhkan.
Hari ini aku terbaca satu berita di Surat Khabar. Tajuknyer : Perompak Maut Tertikam.
Dalam berita tu mengatakan bahawa 2 orang ahli rumah tu masuk ke rumah dan terserempak dengan perompak. Perompak itu mengacukan parang ke leher seorang mangsa dan mengugut menyerahkan wang.
Mereka nekad untuk lawan balik. Seorang daripada ahli rumah itu berlari keluar minta pertolongan. Seorang lagi bergelut dengan perompak. Bila perompak dah nampak seorang dah lari keluar mintak tolong, dia pun lari keluar tetapi "Tuhan nak tunjuk Kan"..perompak tu terjatuh dan parangnya sendiri tertikam perutnya.. Perompak itu mati di tempat kejadian..
Alhamdullilah kedua ahli rumah hanya cedera ringan..
Lihat laa tiada perompak yang selamat di dunia ni...kalau tak esok lusa atau tahun depan atau 5 tahun lagi atau bila kesemua perompak2 seperti ini pasti akan di timpa musibah. Kalau tak kener kat diri perompak tu mungkin efeknyer kat anak2 mereka..Jadi ingatlah walau susah macam manapun jangan laa merompak/mencuri sebab bahana akan menimpa diri sendiri..

Sumber Berita dari : Berita Harian

3 comments:

Anonymous said...

Wah.. Tertikam diri sendiri.. Cam iklan TV3 plak kan.. Cuma perompak tu x mati je dalam iklan tu.. Huhuhu..

Chuckiesd said...

itulah..balasan kat dunia lagi..

ezo said...

aiyak..
siapa suruh merompak..kan dah kena balasan Tuhan.
on the spot pulak tu..