Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

02 November 2008

Kampung Boy Kini Di Jerman

Kampung Boy...semua orang sudah tahu pasal Kampung Boy..satu-satunyer pelopor komik berbahasa melayu..Kampung boy juga sudah berada di merata dunia...dengan komiknya dengan animasinya..ini semua adalah titik peluh anak tempatan Datuk Muhammad Nor Khalid atau Datuk LAT sebagai nama penanya.
Semua kanak-kanak Malaysia tahu akan Kampung Boy..Ianya bukan sahaja menjadi lambang kartunis Malaysia malah ianya mengambarkan kisah kehidupan kanak-kanak di Malaysia..Kehidupan di kampung bersama-sama rakan-rakan, guru-guru, jiran, budak-budak main upih, mandi sungai dan macam-macam lagi..Inilah kekuatan yang ada dalam Kampung Boy.
Kampung Boy telah banyak menempa nama di persada Antarabangsa. Dengan cerita yang telah dialih bahasa kepada kira-kira 8 bahasa lain di dunia. Antaranya France, UK, Indonesia dan lain-lain bahasa. Baru-baru ini Kampung Boy telah melangkah setapak lagi untuk di alih bahasa ke bahasa Jerman. Wow satu lagi kejayaan Datuk LAT. Ianya menjadikan Kampung Boy boleh ditontoni oleh orang lain seluruh dunia dengan 9 bahasa...
Ia juga telah memberi pendedahan kepada rakyat luar negara untuk mempelajari budaya-budaya melayu. Sebabnya kebanyakkan cerita Kampung Boy bercirikan kebudayaan Malaysia..Terima Kasih Datuk LAT memperkenalkan Malaysia di mata dunia..

Semoga komik-komik atau animasi Malaysia yang lain mengikut jejak langkah Datuk LAT...

19 October 2008

Sayap Lara

Salam semua..entri kali aku nak citer sikit pasal lagu..sebenarnyer aku ni minat jugak ngan muzik....lagi2 kalau tonton secara LIVE...mmg menjadi kegilaan aku...So sebenarnya aku dah lama mencari lagu Sayap Lara..Lagu ni selalu keluar kat Radio Sinar...hayati lirik dan susunan muzik memang best..

Sayap Lara ni adalah nyanyi AYANI...atau nama sebenarnya Ahmad Yani Ismail. Satu artis baru dari Rock United. Berasal dari Johor Bahru..Walaupun sudah agak berusia tapi suara die memang class..ader class tersendiri...

Aku pun tak pasti lagu ni ader keluar tak kat Stesen Radio lain..tapi aper pun aku nak letak jugak kat Blog aku ni..aku nak korang tau bahawa wujudnya seorang lagi artis yang memang talented...



Sayap Lara.

Ku Mencari Redup Cinta Lalu..
Sejak Kau Tinggalkan Oh Untuk Ku Serpihan Derita Dan Luka Kepedihan
Dan Syahdunya Malam Yang Kian Memanjang
Kuredah Kegelapan Sayap Asmara Ku
Yang Merinduimu

Ternyata Kau Berpura
Didalam Kehidupan Ku
Lupakan Segala Kenangan
Untuk Apa Menanti Mu

CintaMu Tak Seindah
Kasih Ku yang Bertahta
Kau Jadikan Aku Persinggahan Lepaskan Sepi Mu
Ku Rasa Oh Pilu..

Pergimu Tak Ku Halang
Datang Mu Tak Ku Undang
Padamkan saja Api Cinta Yang Pernah Menyinari
Biar Jadi Debu
Lara.......