Memandangkan skang ni kos hidup semakin tinggi, ramai yag mengambil langkah untuk buat kerja/bisnes part time.Ada tang kerja sambilan di fast food, ader yang tolong wat rumah orang malam/hujung minggu, ader yang buat insuran, ader yang buat business internet dan macam-macam lagi.
Tapi yang paling popular skang ni adalah business internet. Business yang cam maner? Ader yang buat internet business (MLM), E-dagang, main forex, blogging dan sebagainyer. Dalam senarai yang aku nyatakan tu manakah yang korang buat.
Dah banyak dah benda yang aku cuber sebagai kerja part time aku. Atau kerja sambilan menambahkan pendapatan. Jadi aku dapat simpulkan, kerja part time ni sebenarye mestilah sesuai dengan diri anda, fokus, kesungguhan dan usaha yang berterusan. Tanpa ini semua aku raserkan ianya takkan berhasil.
Sebagai contoh1 : Ahmad diperkenalkan membernyer untuk business internet katernya. Ahmad di beri penerangan bahawa dia akan mendapat pulangan yang lumayan jika die mencari ramai downline..(Ini cam konsep MLM). Ahmad ada bakat meyakinkan orang. Mula-mula Ahmad bersungguh-sungguh mencari downline. Semakin lama semakin ramai doenline Ahmad..dan Ahmad mendapat pulangan yang lumayan. Tetapi lama kelamaan pendapatan part time ahmad kurang, sebabnyer ahmad tidak meneruskan usaha-usahanyer seperti yang mula-mula tu..biler pendapatan kurang Ahmad merasakan MLM ini itu...Inilah senario yang biasa berlaku..
Ramai member aku yang kebanyakkan buat kejer part time separuh jalan...sebabnyer tak dapat pulangan yang lumayan...kalau boleh part time...buat hari esok lusa dah angan-angan nak dapat ribu2...kalkau ader kawan2 yang bual2 n ajak join business yang konon2 nyer bley jana income ker aper ker...selidik dulu..jangan terpengaruh ngan pulangan yang lumayan..better bersabar daripada wang2 ada disambar oleh orang lain...sian kornag penat2 cari duit pastu lesap jer cam tu...
Bukan senang nak jadi senang beb...aku pun nasihatkan diri aku jugak...lau nak buat part time job tu biar laaa fokus, bersungguh-sungguh n jangan mudah putus asa. Setakat angan-angan mat jenin luperkan laa...lebih baik jangan... buang masa jer ...Kerja dengan tulang 4 kerat n dapat wang adalah lebih bagus dari kerja sikit tetapi mengharapkkan benda yang tak pasti...
Jadi renung-renungkan laaa...