Showing posts with label General. Show all posts
Showing posts with label General. Show all posts

29 October 2009

How You Can Practically Eliminate Your Electricity Bills.

I know you are looking for techniques to decrease or even to get rid of your electricity bills. Well fortunately for you, there are ways you can do that. There are so energy creation products being sold in the market today, which can actually eliminate you bills. The best in the market right now is called magniwork. And it is exceptionally effective and very reasonably priced!

Most folks are going to be very cynical about an idea that will give them free energy. But it’s been tested and proven to work. More folks are taking on this do it yourself project and making their own free energy generator. So you possibly will wonder why you’ve never heard of it before, well isn’t it obvious? How many electric companies are going to want you to know you can get gratis energy, and it will be off the grid.

It is no doubt that this type of device is not wanted to get out to the world. All that money that the companies who provide energy to homes will get away. This device will make free energy for you, and it will be entirely off the grid.

By means of very tiny space up in your home, so you will be able to place it without a big space being available. Power bills will be eliminated either by half or even the complete thing depending on how much you want to use the free energy generator. Doesn’t matter if it’s hot or cold out the generator does not have to be in an environmentally controlled area. Resources that you need to build your generator are low-priced and trouble-free to find anywhere in the world.

Find More Detail Here.

23 November 2008

Kenali Bao Xishun

Siapa itu Bao Xishun? Bao Xishun adalah manusia yang tertinggi di dunia. Ketinggiannya adalah 2.36meter. Hui tingginya. Beliau telah diiktiraf oleh Buku Rekod Dunia Guinness sebagai orang yang tertinggi di dunia pada tahun 2005.


Sebelum dia di iktiraf manusioa paling tinggi di dunia, beliau hanay duduk di kampung dan sering terkurung di dalam rumahnya kerana tidak selesa menjadi tumpuan orang ramai. Bao juga pernah menyertai skuad Bola Keranjang bagi pihak Tentera suatu ketika dahulu. Tetapi bila pergerakkannya tak sepantas dulu, dia berhenti bermain bola keranjang.

Selepas pengiktirafan Guinness Book Of Record, Bao menjadi tumpuan orang ramai. Ramai yang ingn berjumpa dengan Bao. Sekelip mata dia menjadi terkenal di seluruh dunia. Dia sering di kunjungi pelancong dari serata dunia. Wah Bao seperti selebriti.

Walaupun sudah terkenal ramai mengenalinya, Bao juga ingin hidup seperti orang lain. Hidup sederhana, menikmati kehidupan seperti orang lain dan juga mempunyai keluarga sendiri. Dia hampair putus asa mencari pasangan hidupnya. Dia banyak menhabiskan masanya di rumah dan menonto bola keranjang.
Penantian Bao berbaloi apabila dia bertemu dengan Xia Shujuan dengan ketinggian 1.68meter. Xia Shujuan yang berjaya menambat hati Bao dan mereka berkahwin dan baru dikurniakan anak lelaki bernama Tianyou.

Tianyou lahir seperti kanak-kanak normal yang lain. Sihat dan sempurna.Bao bersyukur kini hidupnya lebih bermakna dengan kehadiran Tianyou dan Isterinya Xia Shujuan. Dia gembira Tianyou lahir seperti kanak-kanak lain. Kini tanggungjawab sebagai seorang bapa lebih besar lagi. Bao berharap dia dapat membesarkan Tianyou dengan penuh tanggungjawab. Jika dia membesar hingga 1.9 meter itu sudah cukup menggembirakannya. Bao berharap agar Tianyou boleh menjadi seorang pemain Bola Keranjang satu hari nanti. Kini Bao dalam proses untuk berpindah ke rumah baru dilengkapi denagn sebuah tandas gergasi khas untuk Bao.

Inilah serba sedikit kisah mengenai Bao Xishun. Manusia paling tinggi di dunia. Bukan mudah untuk menghadapi hari-hari seperti orang lain. Segalanya ditempuhi dengan tabah dan keserdahanaan.

19 November 2008

Boss macam maner yang korang nak?


Biler bercakap tentang boss ni kadang-kadang ada menyenangkan dan tak kurang jugak menggeramkan kita. Kalau dapat boss baik tu tak kisah..kalau tak baik tu yang kepala angin jer...

Boss baik macam maner? Pada aku boss yang baik merangkumi semua hal..bijak menguruskan hal-hal department, pandai dalam menguruskan department, sedia mendengar pendapat orang lain, tegas dalam hal2 tertentu, tidak pilih kasih, jaga kebajikan perkerjanya dan lain lain lagi.

Boss yang tak baik pulak macam maner? Boss yang ikut kepala die jer, tak suker mendengar pendapat orang lain, bodoh sombong, tak tau langsung dalam hal2 pengurusan, boss yang mengelabah tak tentu pasal, tak suker menyiasat then tiba-tiba marah tak tentu pasal, boss yang tak pandai membuat keputusan dan sebagainya.Wah kenapa lebih banyak yang tak bagus daripada yang bagus eh? Sebab kita manusia, kita ni selalau menilai dan nampak kesalahan orang jer.

Aku ni takder laa bekerja lama sangat..orang kata baru setahun jagung. Tapi aku selalu bercampur ngan orang-orang yang lama berkerja jadi aku tau perangai2 boss zaman sekarang. Lagi parah kalau boss yang berfikiran tak terbuka. Langsung tak nak dengan pembaharuan yang kita nak buat. Bila nak buat pembaharuan macam-macam alasan yang diberikan.

Lagi satu kalau boss yang tak boleh membuat keputusan. He / she is the boss kan. Tapi tak boley buat keputusan. Apa yang kita nak buat tu untuk kebaikan, tapi biler die tak decide whether proceed or not, kerja kita akan stuck di tengah jalan. Tak ke ini menyusahkan kita.

Aku memang cukup tak berkenan dengan gaya-gaya atau cara-cara boss yang sebegini rupa. Biarlah die seorang yang tegas, tapi di sebalik ketegasannya tu akan wujudkan kebaikkan untuk pekerjanya dan improvement untuk company di belakang hari. Jangan asyik memikirkan nak buat profit jer, pekerja bawahan pun ada hati dan perasaan.

So mana-mana yang nak jadi boss tu ataupun yg sedang jadi boss atau manager sekarang ni, timbang-timbangkan apa yang aku katakan. Jangan jadi boss yang syok sendiri jer yer...

18 November 2008

Sedapnya Teh Tarik

Sebut pasal teh tarik ni semua orang Malaysia. Setiap orang pasti pernah mencuba Teh Tarik kan. Teh Tarik boleh dikirakan minuman yang popular di Malaysia ni. Bukan sahaja di malaysia ni bahkan di Singapura dan juga Brunei.

Teh Tarik ni adalah sajian utama di restoran-restoran terutamanya di MAMAK. Mamak yang yang tanpa Teh Tarik hilang serinya. Teh Tarik bisanya disajikan dengan roti canai, roti tampal goyang, nasi lemak dan juga makanan lain. Kenapa Teh tarik ni menjadi pilihan agaknyer yer.?

Mungkin sebab Teh Tarik sudah lama bertapak di Malaysia ni. Lagi satu semestinya ianya sedap. Sampai ada orang tak kena Teh Tarik satu hari jadi tak keruan pulak. Hidangan tanpa teh tarik takde seri. Tak mood nak makan. Haaa itulah penangan Teh Tarik.

Popularnya Teh Tarik di sokong lagi dengan adanya pertandingan Teh Tarik. Time tu nampak laa macam cara atau skill buat teh tarik. Memang unik. Inilah salah satu kebangaan Rakyat Malaysia. Bila sebut Teh Tarik pasti para pelancong ingat Malaysia. Lihatlah kekuatan Teh Tarik ni.Malah sekarang ni food-food court di shopping mall dan seafood juga ada jual Teh Tarik.

Teh Tarik juga menjadi minuman utama untuk peminat-peminat Bola. Kalau aku dan rakan tengok bola pasti kena Teh Tarik. Korang pernah tak dengar perkataan "Ngeteh". Itu adalah sebutan untuk orang-orang yang kaki lepak2 di kedai makan. Ngeteh tu datangnya dari Teh Tarik. Biasenyer kalau aku nak ajak member2 lepak minum pasti perkataan ni yang keluar " Jom Ngeteh". Tengok betapa kuatnyer penangan Teh Tarik.. Korang pulak mcm maner?




16 November 2008

SUSUK......


Aku terpanggil untuk tulis entri mengenai susuk ni setelah aku menonton expose mistik mlm tadi di Astro Prima. Wanita berkenaan berumur 26 tahun telah memakai susuk semenjak 20 tahun lalu. Die diminta pakai susuk oleh ibunya supaya kelihatan cantik. Tetapi seksanya die yang rase.

Susuk yang dipakai oleh wanita ni sememangnya menampak dirinya cantik. Sampai Ustaz yang nak ubatkan wanita ni cakap" Awk ni umur 26 tahun tapi kelihatan seperti tingkatan 1". Wanita ni berjumpa dengan ustaz ni untuk mengeluarkan susuk di mukanya.

Dengan bacaan Al-Quran dan air, Ustaz tersebut berjaya mengeluarkan susuk di muka wanita ini. Wanita ini di minta tunduk dan mukanyer di letakkan di depan pinggan yang berisi air. Ustaz membaca Ayat Al-Quran dah menepuk kepala wanita tersebut beberapa kali. Dalam 10 minit terdapat 4 batang jarum terkeluar dan masuk di dalam pinggan tersebut. Alhamdullilah susuk telah berjaya di keluarkan dari muka wanita berkenaan tanpa perlukan pembedahan. Lihatlah kekuatan ayat Al-Quran. Tak perlu laa pergi jumpa dukun yang mengarut2 tu..ala-ala Tok Dalik tu...


Apa sebenarnya susuk eh? ;
Susuk merujuk kepada memasukkan sesuatu bahan asing ke dalam badan bagi mendapatkan sesuatu kelebihan. Pelbagai bahan boleh digunakan, bergantung kepada apakah keinginan pengguna. Pemakai susuk biasanya mempunyai beberapa pantang larang seperti tidak boleh memakan beberapa bahan tertentu iaitu pisang tanduk, pisang abu, tidak boleh melintas di bawah tali kain, dan lain-lain, bergantung kepada jenis susuk yang dipakainya.
Jenis- Jenis Susuk.

Terdapat pelbagai jenis susuk yang boleh digunakan, antaranya yang dikelaskan menurut bahan:
Logam
Susuk Emas
Susuk Perak
Susuk Besi
Susuk Raksa

Galian
Susuk Berlian
Organik
Susuk Susu
Antara Pantang Larang Pemakai Susuk..

Antara makanan yang menjadi pantang pemakai susuk (bergantung kepada jenis susuk.
a) Labu air
b) Pisang tanduk
c) Daun kelor

Antara perbuatan yang menjadi pantang pemakai susuk (bergantung kepada jenis susuk.
a) Melalui bawah penyidaian
b)Melalui di bawah tangga/rumah
Keburukan
Pemakai susuk terpaksa mematuhi pantang-larang tertentu. Sekiranya terlanggar pantang-larang, susuk itu akan keluar dengan sendirinya dan menjadi tawar. Susuk ini terpaksa dibuang, sebaiknya oleh dukun yang memakaikan susuk itu, ataupun melalui cara yang diajari. Sekiranya dukun tersebut telah mati atau cara membuang susuk tidak dipelajari, pemakai susuk ini sukar hendak mati.
Jadi biarlah muka tu semulajadi. Tak perlu memakai benda-benda yang bukan-bukan. Bersyukurlah dengan kurniaan Tuhan yang Maha Esa. Muka cantik pun tak guna, kalau hati busuk..
Sekian...
Sumber dari : Wikipedia.com

13 November 2008

Tubuh Secara Ansurans..

Semalam aku ader terbaca satu berita kat Harian Metro. Selak punya selak ader satu berita mengenai seorang ibu tunggal. Untuk menyara kehidupan 6 orang anaknyer, die mengambil jalan pintas dengan menawarkan khidmat seks kepada rakan-rakan sekerja. Siap tawarkan bayaran secara ansurans lagi. Di tambah pula bekas suaminya tidak memberikan nafkah untuk anak-anak. Biler baca berita ni..kesian pun ader....marah pun ada...

Kesian sebab bekas suami tak beri nafkah. Lepas tu kena tanggung 6 orang anak pulak..yang marah tu..kenapa sampi perlu tawar kidmat seks..pada rakan sekerja pulak tu...dah laa menjejaskan kerja..silap2 kena buang kerja lagi nanti..entah laa aper laa nak jadi skang ni...

Pada aku susah maner pun..jangan laaa mencari rezeki secara haram..Tuhan marah...usahalah mencari rezeki yang halal untuk anak-anak. Kalau bagi rezeki yg haram..kalau anak-anak jadi tak elok..siapa yang perlu disalahkan?...

11 November 2008

10 Things to be a good Father...


Everyone must have a dream to have a happy and beautiful family. Have a wife, kids and building up a excellent family. Family is important asset that in life. For men, you must think about how to take care of your entire family. Every men will be a father. This is some tips to you to be a good father.

1) Be a good leader – Show to all you kids with a good behaviors. Admit your wrong and try as much as you can to saying “sorry” and do not make a mistake anymore. Please put away your ego and try to admit other opinion.
2) Know Your Priorities – Some fathers have a good position in company. Please think what are the priorities need to do with your family and your works.

Continue...

Shaffik Photo - Your Wedding Photographer -

05 November 2008

TAG oh TAG

Hari aku telah di TAG oleh member aku yang aku anggap pemberi semangat untuk blogging and kerja2 di Internet. Dia adalah Nuaeman..orang ni laa yang mengajar aku cam maner nak cari duit dgn betul di Internet..Die jugak perkenalkan aku kepada Titan blog..Blog yang selalau memberi informasi terkini..thank guys...sebenarnyer TAG ni datang nyer dd Cik Dya..Di TAG nyer Titan ...then Titan tag plak Nuaeman..skang ni aku plak..ok aku jawab yer...panjang ni...:)

1. If your lover betrayed you, what will your reaction be?
Just rileks..fikir dahulu adakah aku yang bersalah..kalau betul aku yang bersalah perbaiki laa diri

2. If you can have a dream to come true, what would it be?
Tak tahu nak cakap macam maner...sebab betul menjelma lagi...

3. Whose butt would you like to kick?
Aku nak rembat boss kat kilang aku...namerjer manager..tapi management tak bagus langsung..

4. What would you do with a billion dollars?
for sure aku nak settle credit card and kesemua hutang2 aku..beli rumah untuk anak n wife aku..lebih simpan untuk pelaburan for future..

5. Will you fall in love with your bestfriend?
Hampir-hampir dulu..tapi tak kesampaian..sebab masing sibuk belajar jauh2..aku tak boley kalau takder depan mata...



6. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?
Better being loving someone..then bila kita tahu..kita rase diri ini dihargai...

7. How long do you intend to wait for someone you really love?
Tgk keadaan...kalau yang di tunggu tu wat bodoh jer..wat nak tunggu..bknnyer satu jer dlm dunia ni kan...

8. If the person you secretly like is already attached, what would you do?
Tgk jugak...kalau si dia tu bersama-sama rakan2 aku..aku let them go..kalau tak i try my best...

9. What do you pray each day for your loved one?
Semoga panjang umur murah rezeki...

10. What takes you down the fastest?
Bila apa ynag diusahakan musnah dengan sakit hati daripada orang lain

11. How would you see yourself in ten years time?
Jadi IT Manager

12. What do you really want at the moment of responding to this tag?
Inilah TAG pertama yg aku buat..cam best plak..

13. What kind of person do you think the person who tagged you is?
Mmg bagus..tak lokek ilmu..sentiasa memberikan idea-idea dptkan duit dari Internet

14. Would you rather be single and rich or married but poor?
Soalan ni besar skopnyer..harap be specific sikit..

15. What’s the first thing you do when you wake up?
Tgk jam handphone...inilah media yg selalu aku gunakan untuk melihat masa.

16. Would you give all in a relationship?
Sure..labih-labih lagi dah kawin ni kan...

17. If you fall in love with two people simultaneously, who would you pick?
Hanya tuhan yang tau..aper pun aku really love my wife..

18. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing the someone has done?
Aku ni pemaaf orangyer..as long as si die sedia mengaku kesalahanyer

19. Do you prefer being single or having a relationship?
Berpasangan laa...hidup aku tak boleh sorang-sorang..memang jahanam..

20. Would you leave your family behind just to chase your dreams?
Tak mungkin...family is 1st..tanpa mereka aku tak jadi seperti sekarang...

Aku dah jawab dah TAG ni..kalau korang plak cam maner?



Shaffik Photo - Your Wedding Photographer -

04 November 2008

Hantu ni kejam betul..

Korang percaya tak pada hantu?...aku nak cakap percaya tak sangat..nak cakap tak percaya pun tak jugak...tapi aku tak terlalu taksup dan terlalu percaya dengan hantu...tak nak diri aku ni terbelunggu dengan benda2 macam ni...tapi skang ni banyak pulak cerita pasal hantu keluar kan..maybe ia ikut musim setelah "Jangan pandang belakang" meraih keuntungan yang besar...

Korang tengok video kat bawah ni...memang kejam betul laa hantu ni... Video

31 October 2008

Abdul Razak Baginda

Akhirnya Abdul Razak Baginda dibebaskan daripada bersubahat membunuh Altantuya gadis daripada Mongolia..Selepas perbicaraan selama 2 tahun, semalam Hakim telah membebaskn Abdul Razak. Pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa Abdul Razak bersubahat dengan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36.
Abdul Razak juga dibebaskan tanpa perlu membela diri. Ini amat mengejutkan kedua angota UTK dan mereka perlu membela diri pada 10 November 2008 nanti...

Setelah berada di dalam siasatan selama 2 tahun Abdul Razak Baginda ceria apabila mendengar berita ini dan di sambut baik oleh ke semua ahli keluaganya..wartawan juga mengikuti sehingga ke rumah Abdul Razak Baginda..dan Abdul Razak Baginda hanya berkata "saya mahu berehat".

Jadi dengan keputusan ini juga manepis segala kontrovesi yang menimpa Abdul Razak Baginda dan keluarga sepanjang perbicaraan. Bayangkan laa kalau ianya terjadi pada keluarga korang semua..Segalanya sudah selesai bagi Abdul Razak Baginda...Tetapi kes masih lagi belum selesai. Kita nantikan apa keputusan selanjutnye 10 November 2008
So aper pendapat korang semua mengenai berita ini? Suprise?..

29 October 2008

Keep Your Credit Card Safe


Credit Card and Debit Card are the most important thing used by people right now. Most of people are using Credit Cards or Debit Cards for their daily expenses. Those cards are more convenient way to pay or purchase on offline or online transaction. But the world is going faster. All changging are made include the Credit Card security issues. All of you are facing on the Credit Card Fraud. All of us is have big potencial to got this problem. While your card has been fraud, it will all your money gone using by the fraudsters.

It have a few way to avoid your card by being fraud.

28 October 2008

Seminggu bersama Chuckiesd...

Emmm...aku baru jer naik kerja hari ni..setelah 4 hari bercuti dari hari Sabtu hari tu..
So ari ni aku ceritakan perjalanan kebiasaannye di setiap hari dari Isnin hingga Ahad.

Isnin
Hari Isnin dalah hari yang paling aku tak suker..hari Isnin laaa yang membuatkan aku malas nak pergi kerja..yer dah cuti 2 hari on the weekend, then Isnin masuk kerja balik...nak bagun tidur tu...aduhh perasan malas lagi banyak daripada rajin..lepas tu nak submit weekly report lagi pada boss...Kalau hari Isnin tu nak tunggu dari pukul 8 sampai 5.30 tu mcm seribu tahun plak...aduhhh...

Selasa
Biasanyer hari Selasa ni aku rajin sikit. Confirm aku datang awal punyer. Ader semangat sikit laa nak pegi kerja..Selasa biasanyer aku ader meeting..tgk keadaan laa...kalau takder aper2 issu di tempat kerja..aku akan ceria sampai ke petang...kalau tak tengahari yang masam mencuka jer mukanyer...Malamnyer plak...aku habiskan masa lepak kat umah jer...layan Akif n Wife aku...

Rabu
Hari ni aku dah rileks sikit...yer laaa weekly meeting dah lepas semalam...weekly report dah submit...tapi jangan laa ader server down atau internet line down...memang menyirap...biasernyer masalah2 camni berlaku pada hari Rabu...dah la tu ...di petang hari plak tu...Tapi aku akan pastikan kesemuanya settle before 5.30 ptg...Sharp 5.30 petang aku balik...sebab mlmnyer aku ade main Futsal bersama rakan-rakan sekerja...layan futsal biasa 1-2 jam..

Khamis
Hari Khamis kalau takder kejer aku akan lepak ngan member2 maser rehat kompom bual pasal Futsal semalam..Cerita kerenah dah keletah masing main futsal semalam..hehehehe..balik kejer ambik wife n kiteorang akan makan luar...seafood menjadi pilihan wife aku...tak pun tomyam, sayur n telur dadar...ermmm yummmy...at midnight..seperti biasalaa kan...sunat..buat dapat pahala kan...

Jumaat
Hari yang di tunggu-tunggu..sebanyk besok weekend menjelma...Jumaat ni biasertak banyak kerja sangat..yer laa semua dah di settlekan dari Isnin - Khamis kan...monitor server and kalau ader kesempatan layari fotopages wedding photographer yang lain...tgk-tgk gambar doerang ...maner tau dapat idea-idea baru...Malam sebelum tido on broadband..ader idea update blog...replay comment kawan2 yang lain...pegi ke blog-blog yang lain...

Sabtu
kalau takder photography job..aku masuk kerja kejap..kira OT laa...wat laa aper-aper yang patut...kalau ader wedding or ader job...biaser laa ambik gambar pengantin laaa...stay kadang dari pagi sampai ke tengah malam...kalau takder job..malam tu aku layan EPL...tgk Arsenal punyer game..kalau takder member tgk kat umh jer..kalau ader member pancing..insyallah aku akn tunaikan hasrat mereka..lepak bersama-sama layan bola...

Ahad
Inilah hari yang aku ambik peluang bangun lambat. Biaser hari Ahad ni wife aku akn buat Breakfast special cikit dari hari2 yang lain...yer laa sebab kiteorang kerja..maner laa sempat nak masak2 breakfast...kadang nasi lemak, kadang2 kuew tiow goreng dan macam2 lagi laa..tengahari biaser aku ngan wife akan kuar jalan sampai ke petang...itupun kalau takder job on the Sunday laa...

Itu lah rentetan kehidupan aku Monday to Friday..ermm..korang plak cam ner?

23 October 2008

Duit oh Duit...

Salam semua..hari ni aku berjumpa dengan satu bender yang selama ni aku fikir orang tak nak buat..tapi benda terjadi depan mata aku sendiri...dulu ader orang citer ngan aku ader orang kasi dia duit photostat...ataupun duit yang di fotokopi dengan warna..

Pagi tadi aku lepak kat kantin bersama-sama Cik Wan...Cik wan ni orang yang jaga kantin tempat aku kerja. Sedang aku makan dan sambil berbual (uiks tak baik ni, mkn sambil berbual), cik wan pun tunjukkan aku duit RM100..sekali pandang memang macam duit satu ratus betul..tapi bila di belek-belek rupernyer duit photostat...photostat color...memang sebijik...cantik jer depanyer..but ianay kertas biasa dan belakangnya kosong..

Then aku tanyer maner Cik Wan dapat duit ni...die cakap ader budak bayar makan kat kantin pagi tadi...die pun tak perasan..tengah sibuk-sibuk orang ramai nak buat bayaran...Abis tu aku tanya lagi..."Cik Wan perasa tak budak yang bagi duit tu"...dia jawab...manalah aku perasan...tgh ramai-ramai...wah sah-sah Cik Wan di tipu...n rugi hampir RM95 hari ni...
Memang untung budak tu...pakai duit tu pun tepat pada masanyer...dia guna masa tengah ramai orang...dan aku sure korang pernah dah dapat duit yang separuh...duit tu koyak separuh...but duit tu dilipatkan supaya si penerima duit tu tak perasan..biasanyer bender cam ni tokey kedai makan biasa dapat...si penerima ingat duit tu di lipat...rupa-rupanye duit separuh atau pun 3 suku jer...
Ini sumer kerja-kerja orang yang takder sivik punyer...takder otak sumer...biaser selalu suker ambil kesempatan..jadi aku ingat kawan-kawan yang lain berhati-hati biler menerima duit daripada orang lain...pastikan ianya tulen...kalau tak rugi nanti...




17 October 2008

Kalau Aku Director

Semalam aku berpeluang menonton televisyen. Aku bukak channel Prima and ader satu movie tu tajuknye " Cahaya LailaturQadar". Jalan cerita memang menarik. Lagi satu movie di musim raya ni citer " Takbir Suci". Movie ni memang aku follow dari mula-mula lagi, sampai laa Takbir Suci 3. Memang best.

So biler tengok cerita-cerita melayu ni, memang banyak perubahan. Kalau dulu selalu kita dihadapkan dengan kisah cinta. Sekarang ni ramai pengarah / director dah berani buat movie berkisahkan kehidupan seharian kita, contohnye Rempit, Kisah anak2 muda zaman skang, kisah pelacur dan sebagainyer. Ini satu titik tolak yang baik sekali.

Dalam melayan movie tu aku sempat terfikir, kalaulah aku berpeluang jadi director jalan cerita macam maner yang aku nak buat. Aku nak buat movie yang lain dari yang lain..Kalau laaa aku Director aku nak buat movie pasal samseng..Samseng melayu...tapi aku nak buat movie yang samseng tu akan hidup sampai citer tu habis...hahahahhaa...sebabnyer aku tak penah jumper movie yang "orang jahat" selamat dalam filem melayu...

Tapi dalam movie aku tu, walaupun "orang jahat tu selamat sampai habis citer", die tetap menerima hukuman daripada tuhan...maksudnyer balasan dunia laa...but yang penting "si orang jahat tu tetap tak mati"...aku nak biarkan penonton berfikir panjang sikit....agak2nyer lepas cerita tu habis aper akan jadi pada orang tu....haaaa penolong pengarah aku...aku nak hire MAMAT KHALID / Afdlin Shauki...sebab aku yakin 2 orang ni kepala gila2...hehehehe...itulah yang aku nak buat "KALAU AKU JADI DIRECTOR".
Korang plak cam maner...? :)

14 October 2008

Kad Pengenalan berharga RM500

Salam semua..hari ni aki nak buat satu entri yang aku rase semua orang tau...semua orang penah dengar pasal warga asing mempunyai Kad Pengenalan Malaysia..penah dengar kan..
Dulu aku tak pernah pun tengok orang Indonesia ada kad pengenalan Malaysia (bukan PR)..cakap pun mmg sebijik orang Malaysia...

Semalam ader satu kes kat kilang aku. Ader sorang wanita ni mintak masuk kejer kat kilang aku...jadi orang HR ni pun nak ambik laa personal detail mengenai pompuan nie..tup-tup mintak IC, sekali tengok alamat dalam IC tu sama dengan member aku yang dah setahun kerja kat tempat aku ni...Orang HR ni ingatkan adik die..jadi dipanggil laa member aku ni untuk menegesahkan....

Member aku cakap nama dan alamat dalam tu memang alamat die...sama cam IC tu...tapi gambar dalam IC tu lain..jadi member aku ni tanyer laaa betul ker die orang sini n maner die dapat IC tu..Pompuan tu cakap tanpa telo orang Indon, die memang orang sini n IC tu die register laa ka JPN...

Member aku pun keluarkan IC die n tunjuk kan pompuan tu.."Die tanyer pompuan tu.."cube awk tengok alamat n nama bapak kat dalam IC saya ni, sama tak aper yang tertulis kat dalam IC awak tu"...tak kan laa awk ni adik saya....dan dan terpanculah slang indon dari mulut pompuan tu...muka pun dah pucat...

Member aku n orang HR pun tanyer maner dapat IC ni..Pompuan tu cakap die beli ngan orang Boyan RM500...die pernah gunakan IC die ni untuk kerja cleaner dulu...wah buta-buta jer boss die dulu di tipu....n rupernyer ader sorang kawan die kat dalam kilang aku pun pakai IC tipu jugak..rupe2nyer orang HR kat tempat telah di tipu oleh warga2 asing cam ni...
Terus pompuan tu di hantar ke Balai Polis untuk siasatan..harap2 orang yang menjadi dalang pada semua ni di berkas segera..

**Jadi ingat laa kawan-kawan semua jangan suka-suka bagi IC pada orang yang tak di kenali..takut IC kita di klon..n kalau dieorang buat kes..nama kita jugak busuk nanti...lagi-lagi zaman internet skang ni akn...

13 October 2008

Kenduri Kahwin

Hari ni aku masuk kejer lewat sikit. Semalam kepenatan cover satu majlis kahwin di Kota Tinggi dari hari Sabtu lepas. Memang meriah majlis kedua mempelai. Ramai jemputan yang hadir. Tambahan pula bapa pengantin ahli Pekida..

Aper yang aku perhatikan majlis perkahwinan di sana sememangnyer meriah. Dengan orang yang datang..dengan orang rewang..kendarat...kanak-kanak...mmg best. Dari situ aku nampak perbezaan kemeriahan majlis perkahwinan di kampung dan bandar.

Kalau di kampung yang menampakkan kemeriahhannya tu adalah orang yang datang rewang. Kendarat yang bertungkus lumus mejayakan majlis..tengok orang angkat lauk pauk untuk santapan tetamu yang datang. Tgk orang2 blok2 atau orang-orang kampung pakai baju sedondon untuk melayan tetamu yang hadir....takder pun mengeluh penat ker aper ker...semuanyer tersenyum melayan tetamu....

Masih ader lagi makan sup di malam rewang tu. Pergghhh memang best..layan sup tulang...semua berebut-rebut nak makan sup tulang...dari yang kecik sampai laa yang besar....Di sinilah hadirnyer erti kejiranan satu kampung. Dari situ laa nampak majlis tu meriah sekali..aku berada di sana selama 2 hari...memang tak membosankan...walaupun bukan orang kampung situ...tapi aku raserkan seolah-olah mcm orang kampung tu pulak...hehehhe...

Tapi berbeza dgn di bandar skang ni..semua amik katering..tau2 makanan semua siap di hidang. kemeriahan tu kurang cikit laaa..kendarat pun upah orang...semua upah...bkan aku katerkan orng kampung ni tak berduit tapi semangat kejiranan orang kampung tu lagi tinggi...
Agak2 korang laa sampai bila kemeriahan kenduri kahwin di kampun tu akan berkekalan. Aku harap sangat kemeriahan majlis kahwin di kampung di kekalkan..itu laaa antara warisan yang masih tinggal untuk perkahwinan orang melayu..semoga ianya berkekalan hingga ke anak cucu kiter nanti...Insyallah..

haaa...minggu nak menghadap gambar2 kedua mempelai...due date 2/3 minggu akan datang...nak wat camner...itu jalan yang di pilih..kalau lambat buat entri..korang faham2 je laa yer...

08 October 2008

Part Time Job...

Memandangkan skang ni kos hidup semakin tinggi, ramai yag mengambil langkah untuk buat kerja/bisnes part time.Ada tang kerja sambilan di fast food, ader yang tolong wat rumah orang malam/hujung minggu, ader yang buat insuran, ader yang buat business internet dan macam-macam lagi.
Tapi yang paling popular skang ni adalah business internet. Business yang cam maner? Ader yang buat internet business (MLM), E-dagang, main forex, blogging dan sebagainyer. Dalam senarai yang aku nyatakan tu manakah yang korang buat.
Dah banyak dah benda yang aku cuber sebagai kerja part time aku. Atau kerja sambilan menambahkan pendapatan. Jadi aku dapat simpulkan, kerja part time ni sebenarye mestilah sesuai dengan diri anda, fokus, kesungguhan dan usaha yang berterusan. Tanpa ini semua aku raserkan ianya takkan berhasil.

Sebagai contoh1 : Ahmad diperkenalkan membernyer untuk business internet katernya. Ahmad di beri penerangan bahawa dia akan mendapat pulangan yang lumayan jika die mencari ramai downline..(Ini cam konsep MLM). Ahmad ada bakat meyakinkan orang. Mula-mula Ahmad bersungguh-sungguh mencari downline. Semakin lama semakin ramai doenline Ahmad..dan Ahmad mendapat pulangan yang lumayan. Tetapi lama kelamaan pendapatan part time ahmad kurang, sebabnyer ahmad tidak meneruskan usaha-usahanyer seperti yang mula-mula tu..biler pendapatan kurang Ahmad merasakan MLM ini itu...Inilah senario yang biasa berlaku..

Ramai member aku yang kebanyakkan buat kejer part time separuh jalan...sebabnyer tak dapat pulangan yang lumayan...kalau boleh part time...buat hari esok lusa dah angan-angan nak dapat ribu2...kalkau ader kawan2 yang bual2 n ajak join business yang konon2 nyer bley jana income ker aper ker...selidik dulu..jangan terpengaruh ngan pulangan yang lumayan..better bersabar daripada wang2 ada disambar oleh orang lain...sian kornag penat2 cari duit pastu lesap jer cam tu...

Bukan senang nak jadi senang beb...aku pun nasihatkan diri aku jugak...lau nak buat part time job tu biar laaa fokus, bersungguh-sungguh n jangan mudah putus asa. Setakat angan-angan mat jenin luperkan laa...lebih baik jangan... buang masa jer ...Kerja dengan tulang 4 kerat n dapat wang adalah lebih bagus dari kerja sikit tetapi mengharapkkan benda yang tak pasti...

Jadi renung-renungkan laaa...

07 October 2008

Perompak..Maut!!!!

Sekarang aku perhatikan isu rompakan, kecurian, ragut dan seangkatan dengannya semakin menjadi-jadi. Ianya macam dah jadi kebiasaan kat negara kita ni. Sampaikan ader yang takut tinggal kat umah sorang-sorang(terutama isteri) sebab selalu terfikir kalau-kalau ader perompak datang.
Di musim perayaan ni lagi laa banyak kes-kes rompakan berlaku. Kesian biler dengar radio atau member-member yang cerita pasal kes rompakan, dah laa nak berhari raya rumah kener rompak. Aper laa nasib. Sememangnyer perompak ni tak kan kesiankan orang ramai. Dia ambik aper yang nak ambik. Kalau melawan lagi laaa...silap-silap dibunuhnye...
Ya Allah...mintak2 di jauhkan.
Hari ini aku terbaca satu berita di Surat Khabar. Tajuknyer : Perompak Maut Tertikam.
Dalam berita tu mengatakan bahawa 2 orang ahli rumah tu masuk ke rumah dan terserempak dengan perompak. Perompak itu mengacukan parang ke leher seorang mangsa dan mengugut menyerahkan wang.
Mereka nekad untuk lawan balik. Seorang daripada ahli rumah itu berlari keluar minta pertolongan. Seorang lagi bergelut dengan perompak. Bila perompak dah nampak seorang dah lari keluar mintak tolong, dia pun lari keluar tetapi "Tuhan nak tunjuk Kan"..perompak tu terjatuh dan parangnya sendiri tertikam perutnya.. Perompak itu mati di tempat kejadian..
Alhamdullilah kedua ahli rumah hanya cedera ringan..
Lihat laa tiada perompak yang selamat di dunia ni...kalau tak esok lusa atau tahun depan atau 5 tahun lagi atau bila kesemua perompak2 seperti ini pasti akan di timpa musibah. Kalau tak kener kat diri perompak tu mungkin efeknyer kat anak2 mereka..Jadi ingatlah walau susah macam manapun jangan laa merompak/mencuri sebab bahana akan menimpa diri sendiri..

Sumber Berita dari : Berita Harian

06 October 2008

Riang Ria di Hari Raya

Alhamdullilah tahun ini aku sekali dapat menyambut Aidilfitri dengan sempurna dan kesedehanaan. Lebih Bermakna lagi aku menyambut bersama Isteri dan Putera Sulung kami Muhammad AKif Zahin.

Hari Raya tahun ni aku menyambutnya di Rumah mertua. Pertama kali tanpa keluarga dan kedua ibu bapa aku. Tapi inilah resam hidup bila berumahtangga. Tak mengapa kedua-dua keluarga aku jugak kan.

Disini aku sertakan beberapa potret sepanjang Hari Raya Aidilfitri lalu.



- Ini Keluarga Mertua aku -



- Keluarga Aku -



- Haaa...inilah Aku, Isteri dan Putera Sulung Kami -

25 September 2008

Hari Raya


Hai minggu ni aku mmg takder mood nak kejer...mood sumer dah pk nak raya jer...hehehe cam budak2 plak..esok aku last kerja...then start cuti selama 9 hari untuk berhari raya...tahun ni hari raya aku lain sikit....maklum laaa kini aku dah ader keluarga...

Tahun ni Aidilfitri yang amat bermakna bagi aku...aku kini bergelar suami dan ayah kepada anak aku...Kiranye tahun ni aku raya bersama keluarga aku sendiri...alhamdullilah syukur kepada tuhan yang telah memberikan rezeki kepada aku....

Persediaan raya tahun simple2 jer...mengenangkan orang umah aku masih lagi dalam pantang...jadi kami pun membuat persiadaan ala kadar...yang penting menyambut hari raya...Tahun ni aku berhari raya bersama mertua...ermmm pertama kali aku berjauhan sementara dari keluarga...tapi aper nak buat itulah lumrah bila berumahtangga...

Hari raya pertama cadanganyer bersama mertua dan hari raya kedua bersama keluarga aku sendiri...dengar citer semua kakak2 aku berkumpul di rumah mak/ayah aku...wah lagi laa seronok di hari raya ni...lagi-lagi kesemuanyer tak sabar menanti kepulangan aku sebab semua nak tengok cahaya mata pertama kami (Muhammad Akif Zahin)..Memang tak dapat dibayangkan bagaimana riuh kecohnyer hari raya nanti....

Seronok-seronok jugak...tp duit raya untuk anak buah aku tak dilupakan...wah tahun ni hanya pada kadar biasa sahaja...janji semua anak buah aku tersenyum....insyallah...ermmm itu serba sedikit cerita-cerita untuk Sambutan Hari Raya untuk aku tahun ni...

Di kesempatan ini aku menyucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pengunjung blog aku ni...Maaf andai ader tersilap kata terkasar bahasa...Maaf Zahir Batin...