Showing posts with label Persoalan ???. Show all posts
Showing posts with label Persoalan ???. Show all posts

20 November 2008

Aper Cerita Adik Sharline???


Aku raser dah lamer dah kes ni. Tak tau laa kalau-kalau aku terlepas pandang mengenai berita Adik Sharline. Yang aku tahu kes kehilangan Adik Sharline ni masih belum selesai. So sampai sekarang ni masih tak jumpa lagi Adik Sharline.
Di manakah anak kecil ini hilang? Jangan laa jadi seperti Arwah adik Nurin. Sebak dada aku tengok. Dah laa kena culik, di bunuh begitu kejam sekali. Sememangnya tak berhati perut langsung si pembunuh tu. Aku berdoa jangan laa di perlakukan Adik Sharline sebegitu rupa.
Kenapa berita kehilangan Adik Sharline ini tiba-tiba lenyap begitu jer? Kenapa Pihak Polis masih lagi tidak dapat jumper Adik Sharline dan pembunuh Nurin Jazlin? Kenapa..kenapa..kenapa?

Bijak sungguh penculik dan pembunuh ni kan. Adakah ini semua menanandakan bahawa anak-anak kita semua dalam bahaya? Ya ALLAH selamatkan laaa Adik Sharline, pulangkan Adik Sharline kepada pangkuan keluarganya dengan selamat.
Aku menyeru kepada semua rakan-rakan blogger. Jangan laa kita alpa dengan anak-anak kita. Jangan sewenang-wenangnye melepaskan mereka berjalan seorang diri terutamanya selepas mereka pulang dari sekolah. Sekarang kita gembira melihat keletah mereka. Jangan ianya hilang sekelip mata. Jadikan kes ini satu pengajaran untuk kite semua. Bukan senang nak buat anak, dan tak susah nak hilang anak kan..

09 October 2008

Minyak Cap KAPAK.


Tadi selepas solat jumaat aku pun lunch ngan member aku. Die ader cite ngan aku die tgk satu dokumentari kat tv..TV maner pun aku tak tau..Ianya menceritakan tentang Minyak Cap Kapak. Ni cite pasal business laa sikit...tapi ape yang aku nak citerkan kat sini bukannyer kegunaan minyak cap kapak tu..tapi bagaimana pencipta minyak kapak tu boleh jadi millionaire skang ni..statistik yang di keluarkan oleh dokumentari tersebut diambil dari Singapura. Aku tulis entri ni nak ajak kawan-kawan berfikir sejenak cam ner deorang ni bley jd millionaire...

Ok skang kiter berbalik ngan aper yang aku nak katerkan...Cam maner pencipta minyak cap kapak tu boleh jadi millionaire? Korang pasan tak, boleh dikata setiap rumah kat Malaysia ni ader minyak Kapak? Betul tak? Macam maner pencipta minyak kapak ni boleh berfikiran sejauh itu semasa die membuat minyak ni dulu. Skang ni pun kalau mak suruh pegi kedai untuk beli minyak-minyak yang boleh menahan selsema dan penyakit lain...Aper yang Mak akan ckp?"Abang tolong belikan minyak cap kapak"?....padahal skang ni byk lagi minyak2 yang lain kuar yang berangin cam minyak tu...tapi sebutan tu yang "Mak" keluarkan tu hanya minyak kapak..sebabnyer ianya dah sinonim ngan kehidupan seharian kita..
Lagi satu Minyak Yu Yi cap limau..untuk baby...itu pun satu minyak yang popular jugak..macam maner deorang ni boleh menghantui pemikiran-pemikiran pengguna satu malaysia. Kalau ikut byk lagi minyak yang sengkantan ngan minyak yu yi..cam minyak telon laaa mcm2 laa...betul tak...

Lagi satu contoh...Maggie..korang selalu kalau kekosongan perut n takder bender nak makan kat umah, mesti cari...Maggie kan...."Aku lapar laa...makan maggie sedap ni"...cam tu laa lebih kurang ayatnyer...padahal bukan jenama maggie pun yg korang makan...mungkin Mamee...mungkin Pal maa...dan macam2 lagi...lagi satu kadang-kadang orang cakap ngn member "wei tolong belikan aku maggie palma satu"....tgk maggie jugak dapt nama...padahal sumer tu adalah Instant Mee...betul tak...

Bnyk lagi jenama2 yg menjadi sebutan sampai skang ni...Jadi sama-samalah kiter fikirkan macam mana dieorang sumer ni boleh mempengaruhi kiter dengan hanya sebutan...dan aku pun terfikir...mungkin dgn hanya barangan yang menjadi sebutan ramai tu laaa mungkin membolehkan kiter jadi millionaire...Is it Possible? bila dah menjadi sebutan kebarangkalian orang nak beli tu sure tinggi punyer...sebab orang percaya mengenai keberkesananyer...Mungkin korang sumer boleh mencipta sesuatu yang semua orang boleh guna....

09 September 2008

Tun Mahathir Sertai UMNO Semula


Alhamdullilah semalam aku mendengar berita ynag mengatakan Tun Mahathir bersedia sertai UMNO semula. Lega hati aku mendengar berita ini..Sebenarnyer TUN Mahathir perlu berbuat sedemikian untuk bersama-sama membantu kesemua pemimpin UMNO sekarang ni. Beliau sememangnyer mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam UMNO.
Jadi dengan kehadiran semula Tun Mahathir dalam UMNO, rakyat akan lebih mempercayai UMNO. Bagi aku yang hanya rakyat biasa ni, ianya takder masalah. Tapi tak tau plak cammaner pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO. Harap apa yang diperkatakan Tun Mahathir itu menjadi kenyataan. UMNO semememangnyer perlukan orang-orang lama macam Tun Mahathir ni...

Die berupaya menjadi penasihat yang amat baik dan briliant untuk membela orang-orang melayu dan juga memartabatkan bangsa melayu di mata dunia serta bangsa-bangsa lain.

Tun Mahathir seperti yang kita tahu semua adalah seorang pemimpin yang Bijak. Memang tak dinafikan. Masa die keluar UMNO dulu, aku pun raser sedih yang amat sangat. Aper yang aku fikirkan, siapa lagi yang boleh memimpin UMNO dan membela nasib orang melayu pada masa akan datang. Aku sememangnyer tak nampak pengganti Tun Mahathir selepas die melepaskan jawatan Perdana Menteri lagi..Bukan aku ckp pemimpin skang tak bagus..mungkin belum nampak taringnyer lagi...

Ermmm aku mmg berharap sangat Tun Mahathir kembali semula ke dalam UMNO dan meningkatkan lagi kepercayaan orang Melayu pada UMNO..Bangkitkan semula semangat orang melayu untuk meneruskan kehidupan di bumi mereka sendiri.

Kembalilah ke Pangkuan UMNO...Kami semua orang melayu memerlukan kamu Tun Mahathir....

18 July 2008

Apa akan jadi ngan Malaysia?

Sekarang ni kecoh ngan isu-isu politik kat negara Malaysia ni. Masing-masing inginkan menunjukan yang mereka semua pandai. Mereka semua betul. Aku pun tak paham kenapa bender semuanyer terjadi.
Kalau kat parlimen tu asyik nak bergaduh jer...gaduh mcam budak-budak pulak tu...itukan pemimpin yang kita semua sanjungi?..itukan pemimpin yang kita sokong.?..itukah pemimpin yang kiter pangkah masa pilihanraya lalu? Mcam ni gaya seorang pemimpin yang bijak pandai.

Kalau bertanya kepada semua rakyat Malaysia, Apa yang rakyat Malaysia ini mahukan? Aku pasti semua mahukan seorang pemimpin yang mampu untuk menolong rakyat2 nyer...di bumi Malaysia ni. Rakyat mahukan pemimpin yang boleh memperjuangkan nasib-nasib rakyat. Itulah yang patut pemimpin-pemimpin kita yang buat.

Ni aku tengok asyik jer nak bergaduh kat Parlimen. Bukan nyer pejuangkan hak rakyat. Bukan perjuangkan apa yang rakyat mahukan. Dah macam perjuang kepentingan peribadi pulak. Kalau sebelum pilihanraya dulu...asyik berjanji...saya akan majukan kawasan saya....saya akan tolong awk semua...sekarang aper yang jadi?

Aku bukannyer nak laga-lagakan pemimpin BN dan pembangkang. Cuma aku melahirkan aper yang aku raser ngan pemimpin sekarang ni..Dahulu semasa Tun Mahathir memimpin Malaysia, tak der pun dengar sesama pemimpin gaduh di parlimen. Tak penah pun ader pemimpin keluar dari dewan parlimen..Aku sememangnya kagum ngan kepimpinan Tun Mahathir...
Die banyak memajukan Malaysia. Die laa orang yang bertanggungjawab memperkenalkan Malaysia di mata dunia..

Fikir laaa sejenak wahai pemimpim-pemimpin negara sekarang...apa yang anda lakukan untuk untuk rakyat? Apakan sumbangan anda pada negara? Turunlah padang dan tanyerkan aper yang kami semua mahukan...apa yang kami perlukan daripada anda semua..Apa yang akan terjadi jika dengan Malaysia jika semasa pemimpin bergaduh menegakkan kebenaran masing-masing..Fikirkan laaa sama-sama untuk membantu rakyat..meringankan beban rakyat...sama-sama berbincang..sama-sama berfikir....Fikir-fikirkanla dan selamat beramal.....