06 May 2008

Jangan Selalu Mengeluh.

Ini pertama kali aku post blog dalam bahasa melayu. Sebab aku raserkan aku harus berkongsi bersama rakan-rakan yang lain. Dahulu aku sering lupakan syukur dengan Tuhan. Aku sering kali mengeluh dengan pendapatan aku. Nak kata pendapatan rendah takder laaa serendah kawan2 yang lain. Dahulu aku sering tak cukup duit.

Tetapi apabila aku bertemu seorang Kawan yang telah menyedarkan aku. Di dalam mencari rezeki ni, janganlah mengeluh dengan apa yang kita dapat. Bersyukurlah dengan pemberian Tuhan. Member aku beritahu, selagi kita mengeluh dengan rezeki yang kita dapat, Gaji RM15000 tak akan penah cukup. Dia nasihatkan aku, jangan mengeluh dengan rezeki yang kita dapat. Belajar dan amalkan bersyukur kepada tuhan Sebab segala rezeki kita tu datangnya dari Tuhan.

Selepas itu balik rumah aku pun terfikir dengan apa yang member aku cakap. Betul jugak apa semua yang dia cakap. Sebelum ni aku selalu mengeluh dengan pendapatan aku. Sebab tu sentiasa tak cukup duit. So sekarang aku belajar untuk tidak mengeluh lagi dan sentiasa bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Alhamdullilah kehidupan aku lebih selesa daripada dulu.

Walaupun bersyukur, usaha tetap usaha untuk mencari rezeki yang halal. Jangan hanya bersyukur tetapi tak usaha untuk memperbaiki diri dan keluarga anda. Jadi kawan-kawan fikir-fikirkan lah.

0 comments: