01 December 2008

Kenapa Iri hati dan hasad dengki.

Semalam kakak aku telefon. Dia kata ader sedikit masalah. Aku pun terkejut laa kejap. Aper pulak masalahnya ni. Kakak aku pun memulakan ceritanya. Kakak aku ni ader Bridal di Kota Tinggi. Perkhidmatan untuk majlis kahwin laa..Hehehe promote sikit. Ok berbalik pada ceritanya.

Dia kata ader orang yang buat tak baik kepada kedai kakak aku . Ada seorang cam bomoh laa mengatakan ada orang nak buat tak baik kat kedai kakak aku. Info ni dapat daripada pekerja kakak aku. Yer laa baik sangat agaknyer, die tolong-tolong tengok2 kan laa kedai kakak aku ni.

Orang tu (Bomoh) tu cakap ader orang tabur bender kat depan kedai kakak aku. Benda ni membuatkan orang tak akan deal ngan kedai kakak aku. Then orang tu cakap, kedai kakak aku tu tak pasang apa2. Kedai2 lain siap pasang 2 3 untuk melariskan perniagaan dieorang.
Kakak aku cerita kat aku dan tanyer pendapat aku, nak pasang apa-apa ker.

Aku cakap ngan kakak aku, kita ni ada Tuhan dan ada agama. Kenapa kita perlu percaya dengan benda-benda macam tu. Aku yakinkan lagi kakak aku, orang yang selalu hasad dengki tu tak akan kaya raya pun. Makin telingkup ada laa. Yer laa, kalau kita pasang bender tu, dah kiter percaya 100% benda tu jadi pelindung kita. Dah Syirik tu. Nanti terpesong tak percaya kat Tuhan pulak.

Jadi aku cadangkan, lebih baik kita buat doa selamat kat kedai tu. Mintak ngan Tuhan jauhkan dari hasad dengki dan orang-orang yang macam ni. Aku percaya pada rezeki yang Tuhan bagi.
Banyak usaha insyallah banyak laa limpah rezeki yang dapat. Tapi kena usaha yang betul laa. Jangan main langgar semua.

Aku rasa inilah jalan terbaik buat masa ni. Aku bukan tak percaya dengan kewujudan benda-benda cam ni, tapi aku cukup tak berkenan dengan orang-orang yang berperangai macam ni. Iri Hari dan hasad dengki sentiasa wujud pada orang-orang macam kita ni. Percayalah orang-orang cam ni tak akan selamat. Kalau tak akhirat kat dunia lagi Tuhan akan tunjukkan balasannya. Insyallah

- Shaffik Photo -

3 comments:

Anonymous said...

Isk. Isk. Tak habis lagi kes sihir menyihir ni. Sejak zaman Musa, sampailah sekarang.
Aku tak ada ucapan yang boleh dilafaz. Berusahalah untuk mengubatinya.

Leesa Liisa said...

sama le dek apa yg akak hadapi la ni...tension tul! kebanyakan org melayu la yg suka benda gini

Anonymous said...

berusaha bagaimana..berusaha memoerbaiki diri dan terus berdoa pada tuhan mintak dijauhkan daripada gangguan sebegini..