19 November 2008

Boss macam maner yang korang nak?


Biler bercakap tentang boss ni kadang-kadang ada menyenangkan dan tak kurang jugak menggeramkan kita. Kalau dapat boss baik tu tak kisah..kalau tak baik tu yang kepala angin jer...

Boss baik macam maner? Pada aku boss yang baik merangkumi semua hal..bijak menguruskan hal-hal department, pandai dalam menguruskan department, sedia mendengar pendapat orang lain, tegas dalam hal2 tertentu, tidak pilih kasih, jaga kebajikan perkerjanya dan lain lain lagi.

Boss yang tak baik pulak macam maner? Boss yang ikut kepala die jer, tak suker mendengar pendapat orang lain, bodoh sombong, tak tau langsung dalam hal2 pengurusan, boss yang mengelabah tak tentu pasal, tak suker menyiasat then tiba-tiba marah tak tentu pasal, boss yang tak pandai membuat keputusan dan sebagainya.Wah kenapa lebih banyak yang tak bagus daripada yang bagus eh? Sebab kita manusia, kita ni selalau menilai dan nampak kesalahan orang jer.

Aku ni takder laa bekerja lama sangat..orang kata baru setahun jagung. Tapi aku selalu bercampur ngan orang-orang yang lama berkerja jadi aku tau perangai2 boss zaman sekarang. Lagi parah kalau boss yang berfikiran tak terbuka. Langsung tak nak dengan pembaharuan yang kita nak buat. Bila nak buat pembaharuan macam-macam alasan yang diberikan.

Lagi satu kalau boss yang tak boleh membuat keputusan. He / she is the boss kan. Tapi tak boley buat keputusan. Apa yang kita nak buat tu untuk kebaikan, tapi biler die tak decide whether proceed or not, kerja kita akan stuck di tengah jalan. Tak ke ini menyusahkan kita.

Aku memang cukup tak berkenan dengan gaya-gaya atau cara-cara boss yang sebegini rupa. Biarlah die seorang yang tegas, tapi di sebalik ketegasannya tu akan wujudkan kebaikkan untuk pekerjanya dan improvement untuk company di belakang hari. Jangan asyik memikirkan nak buat profit jer, pekerja bawahan pun ada hati dan perasaan.

So mana-mana yang nak jadi boss tu ataupun yg sedang jadi boss atau manager sekarang ni, timbang-timbangkan apa yang aku katakan. Jangan jadi boss yang syok sendiri jer yer...

10 comments:

callister said...

aku nk jadik boss..
xpayah ada boss..
senang skit idup.

chuckiesd said...

hehehe..nak jadi boss tu boley bro..tapi kena dengan caranyer...

GregChai said...

ada bos yang pilih kasih itu pun buat menyampah,

ada pulak bos yang ikut telunjuk 'kitchen cabinet' (gelaran untuk isteri yang bekerja di department yang sama)

ada bos yang berlagak pandai tapi habuk pun tarak, bila projek berjaya dia dapat pujian bila gagal dia salahkan kita pulak.

bab yang ni yang saya setuju sanagat dengan saudara callister, biar kita jadik boss tak payah ada bos hehe

cheers :)

Nad Eusoff said...

jika saya tidak mahu langsung bos buleh? heheh

chuckiesd said...

Greg...aku suker statement ko yg ke-3...bila project berjaya..bile project success die dpt nama...bile gagal..kiter pulak kene hentam...

nad..kalau tak nak boss...kejer sendiri..ko laa kuli ko laa boss...seperti...blogging and making money...

t.a.t.a said...

chuckiesd, itu perkara biasa bila project success dia dapat nama. biler gagal dia pun dapat nama, tapi korang la jugak kena hentam.

so far alhamdulillah bos aku the best bos I have ever worked with. tu yg aku tak pernah terpk nak tukar kerja, lagi pun aku suka ngan kerja aku skang ni. so give me one damn good reason for me to quit.

heheheh

Alicia said...

akak setuju je pendapat ko tu..betul kan..bos yg baik tak pilih kasih...!

megat said...

jadilah seperti aku, sendiri bisnes sendiri bos eheh.

tak lama lagi dengan kecanggihan internet ni makin ramai yang sendiri jadi bos!

kat rumah pun aku bos wahaha.

ps : ada YM! keje mana eh, macam tmpt keje lama aku je!?

Kujie said...

dulu...masa mengandungkan anak pertama boss kak jie bujang lelaki..seksa ooo..dia mcm tak faham je..perubahan hormon ibu mengandung....

huhuhu....nk jadi cerita dia kawen dgn kawan kak jie..hahah
baru dia tau mcm mana nk layan bini memboyot

chuckiesd said...

hehehe..kalau dah memboyot pun boss tak paham2 lagi..itu lagi laa teruk...

megat ni YM aku : chuckiesd

betul laaa..baik kerja sendiri..kita laa kuli..kita laa boss..