18 November 2008

Sedapnya Teh Tarik

Sebut pasal teh tarik ni semua orang Malaysia. Setiap orang pasti pernah mencuba Teh Tarik kan. Teh Tarik boleh dikirakan minuman yang popular di Malaysia ni. Bukan sahaja di malaysia ni bahkan di Singapura dan juga Brunei.

Teh Tarik ni adalah sajian utama di restoran-restoran terutamanya di MAMAK. Mamak yang yang tanpa Teh Tarik hilang serinya. Teh Tarik bisanya disajikan dengan roti canai, roti tampal goyang, nasi lemak dan juga makanan lain. Kenapa Teh tarik ni menjadi pilihan agaknyer yer.?

Mungkin sebab Teh Tarik sudah lama bertapak di Malaysia ni. Lagi satu semestinya ianya sedap. Sampai ada orang tak kena Teh Tarik satu hari jadi tak keruan pulak. Hidangan tanpa teh tarik takde seri. Tak mood nak makan. Haaa itulah penangan Teh Tarik.

Popularnya Teh Tarik di sokong lagi dengan adanya pertandingan Teh Tarik. Time tu nampak laa macam cara atau skill buat teh tarik. Memang unik. Inilah salah satu kebangaan Rakyat Malaysia. Bila sebut Teh Tarik pasti para pelancong ingat Malaysia. Lihatlah kekuatan Teh Tarik ni.Malah sekarang ni food-food court di shopping mall dan seafood juga ada jual Teh Tarik.

Teh Tarik juga menjadi minuman utama untuk peminat-peminat Bola. Kalau aku dan rakan tengok bola pasti kena Teh Tarik. Korang pernah tak dengar perkataan "Ngeteh". Itu adalah sebutan untuk orang-orang yang kaki lepak2 di kedai makan. Ngeteh tu datangnya dari Teh Tarik. Biasenyer kalau aku nak ajak member2 lepak minum pasti perkataan ni yang keluar " Jom Ngeteh". Tengok betapa kuatnyer penangan Teh Tarik.. Korang pulak mcm maner?




12 comments:

Azie Anna said...

teh tarik's my favourite!

Anonymous said...

aku minum teh o jerk

Anonymous said...

ahha... air feveret aku kalau lepak mamak. :D

Anonymous said...

Jom ngeteh?!

Anonymous said...

sy pon minum 'O' jer :D

Nad Eusoff said...

baru je pagi tadik tibai secawan..sodapp

Anonymous said...

haha..payah nak jwp sb aku xsuke minum teh tarik..

Anonymous said...

Jom-jom ngeteh jom...hehehe..nuaeman..ptg ni ok tak kalau kiter ngeteh?

kuIna said...

sy minum air suam aje...

Anonymous said...

ngeteh?
ape 2?

Anonymous said...

ngeteh tu minum teh di kedai makan...dengan erti kata lain...lepak2 minum2..

Anonymous said...

aik. ngeteh bhs kelantan adalah jom mai try test. hoho. xleh minum byk sgt teh tarik. pening. caffeine dia. huuu. MILO BEST!@