Aku terpanggil untuk tulis entri mengenai susuk ni setelah aku menonton expose mistik mlm tadi di Astro Prima. Wanita berkenaan berumur 26 tahun telah memakai susuk semenjak 20 tahun lalu. Die diminta pakai susuk oleh ibunya supaya kelihatan cantik. Tetapi seksanya die yang rase.
Susuk yang dipakai oleh wanita ni sememangnya menampak dirinya cantik. Sampai Ustaz yang nak ubatkan wanita ni cakap" Awk ni umur 26 tahun tapi kelihatan seperti tingkatan 1". Wanita ni berjumpa dengan ustaz ni untuk mengeluarkan susuk di mukanya.
Dengan bacaan Al-Quran dan air, Ustaz tersebut berjaya mengeluarkan susuk di muka wanita ini. Wanita ini di minta tunduk dan mukanyer di letakkan di depan pinggan yang berisi air. Ustaz membaca Ayat Al-Quran dah menepuk kepala wanita tersebut beberapa kali. Dalam 10 minit terdapat 4 batang jarum terkeluar dan masuk di dalam pinggan tersebut. Alhamdullilah susuk telah berjaya di keluarkan dari muka wanita berkenaan tanpa perlukan pembedahan. Lihatlah kekuatan ayat Al-Quran. Tak perlu laa pergi jumpa dukun yang mengarut2 tu..ala-ala Tok Dalik tu...
Apa sebenarnya susuk eh? ;
Susuk merujuk kepada memasukkan sesuatu bahan asing ke dalam badan bagi mendapatkan sesuatu kelebihan. Pelbagai bahan boleh digunakan, bergantung kepada apakah keinginan pengguna. Pemakai susuk biasanya mempunyai beberapa pantang larang seperti tidak boleh memakan beberapa bahan tertentu iaitu pisang tanduk, pisang abu, tidak boleh melintas di bawah tali kain, dan lain-lain, bergantung kepada jenis susuk yang dipakainya.
Jenis- Jenis Susuk.
Terdapat pelbagai jenis susuk yang boleh digunakan, antaranya yang dikelaskan menurut bahan:
Logam
Susuk Emas
Susuk Perak
Susuk Besi
Susuk Raksa
Logam
Susuk Emas
Susuk Perak
Susuk Besi
Susuk Raksa
Antara Pantang Larang Pemakai Susuk..
Antara makanan yang menjadi pantang pemakai susuk (bergantung kepada jenis susuk.
a) Labu air
b) Pisang tanduk
c) Daun kelor
a) Labu air
b) Pisang tanduk
c) Daun kelor
Antara perbuatan yang menjadi pantang pemakai susuk (bergantung kepada jenis susuk.
a) Melalui bawah penyidaian
b)Melalui di bawah tangga/rumah
a) Melalui bawah penyidaian
b)Melalui di bawah tangga/rumah
Keburukan
Pemakai susuk terpaksa mematuhi pantang-larang tertentu. Sekiranya terlanggar pantang-larang, susuk itu akan keluar dengan sendirinya dan menjadi tawar. Susuk ini terpaksa dibuang, sebaiknya oleh dukun yang memakaikan susuk itu, ataupun melalui cara yang diajari. Sekiranya dukun tersebut telah mati atau cara membuang susuk tidak dipelajari, pemakai susuk ini sukar hendak mati.
Pemakai susuk terpaksa mematuhi pantang-larang tertentu. Sekiranya terlanggar pantang-larang, susuk itu akan keluar dengan sendirinya dan menjadi tawar. Susuk ini terpaksa dibuang, sebaiknya oleh dukun yang memakaikan susuk itu, ataupun melalui cara yang diajari. Sekiranya dukun tersebut telah mati atau cara membuang susuk tidak dipelajari, pemakai susuk ini sukar hendak mati.
Jadi biarlah muka tu semulajadi. Tak perlu memakai benda-benda yang bukan-bukan. Bersyukurlah dengan kurniaan Tuhan yang Maha Esa. Muka cantik pun tak guna, kalau hati busuk..
Sekian...
Sumber dari : Wikipedia.com
12 comments:
ada tgk jugak pasal tuh.
susuk mana ada dah zaman skrg..
best n3 ko yg ni dek...akak pun nengok gak astro prima mlm tu..gerun pun ada. pucat gak kan tangan pompuan tu...
gila depa ni smpai tahap pakai susuk..kalau pkai susuk blh dpt D3 xpa la jgk..hehehe astaghfirullahalazim...
;p
D3 eh..ni nikon d3 ker? betul jugak...kalau tak pun kalau ko susuk dapat hadiah D300 jer ker pun ok jugak...
yeah..sila lantingkan barang2 makeup anda...muahahah
diorang2 ni x sedar diri.
nnt tua kerepot jugak.
kalau tukang letak susuk tu dah mati atau si pemakai tu tgh nazak ke,
tak ke susah nk bawak kuar?
huh...
amal kan la surah pape kalau nk nampak muda dan cantek.
jgn guna cr salah di sisi islam :D
hahaha...bagus awk ko ni...sumer tua kerepot tak sedar diri..tajam ayt tu
merbahaya..
tapi lalu bwh penyidai memg xelok kan??
tak elok beb..kalau terjerat kat leher merbahaya tu....hahahahaha
huii, hebat betul!? muda sungguh??
ni la masalah org zaman skang..
nak nampak cantik ada banyak cara..
bukan dengan mende² sesat camnie..
biaser laa bro...nak cantik sanggup buat macam2..
Post a Comment