25 September 2008

Hari Raya


Hai minggu ni aku mmg takder mood nak kejer...mood sumer dah pk nak raya jer...hehehe cam budak2 plak..esok aku last kerja...then start cuti selama 9 hari untuk berhari raya...tahun ni hari raya aku lain sikit....maklum laaa kini aku dah ader keluarga...

Tahun ni Aidilfitri yang amat bermakna bagi aku...aku kini bergelar suami dan ayah kepada anak aku...Kiranye tahun ni aku raya bersama keluarga aku sendiri...alhamdullilah syukur kepada tuhan yang telah memberikan rezeki kepada aku....

Persediaan raya tahun simple2 jer...mengenangkan orang umah aku masih lagi dalam pantang...jadi kami pun membuat persiadaan ala kadar...yang penting menyambut hari raya...Tahun ni aku berhari raya bersama mertua...ermmm pertama kali aku berjauhan sementara dari keluarga...tapi aper nak buat itulah lumrah bila berumahtangga...

Hari raya pertama cadanganyer bersama mertua dan hari raya kedua bersama keluarga aku sendiri...dengar citer semua kakak2 aku berkumpul di rumah mak/ayah aku...wah lagi laa seronok di hari raya ni...lagi-lagi kesemuanyer tak sabar menanti kepulangan aku sebab semua nak tengok cahaya mata pertama kami (Muhammad Akif Zahin)..Memang tak dapat dibayangkan bagaimana riuh kecohnyer hari raya nanti....

Seronok-seronok jugak...tp duit raya untuk anak buah aku tak dilupakan...wah tahun ni hanya pada kadar biasa sahaja...janji semua anak buah aku tersenyum....insyallah...ermmm itu serba sedikit cerita-cerita untuk Sambutan Hari Raya untuk aku tahun ni...

Di kesempatan ini aku menyucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pengunjung blog aku ni...Maaf andai ader tersilap kata terkasar bahasa...Maaf Zahir Batin...

3 comments:

Anonymous said...

Salam Bro,tahniah lah sebab dah dapat pangkat "Ayah" dan dapat anak yang comel & Isteri yang cantik..InsyAllah rezeki anak ni akan bertambah lagi..papepun "Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir Dan Batin".

Anonymous said...

seronok kan bila dpt berkumpul family rmi2. kite pun tak sabar nak jumpa sedara mara yg dok jauh2. :D

p/s-selamat hari raya kembali :)

Chuckiesd said...

Mesti laa...biler semua adik beradik berkumpul mesti kecoh riuh rendah gelak ketawa sumer ader...